VISI & MISI
KEHARMONIAN
KERAJAAN MALAYSIA
KEHARMONIAN
Menyemaikan semangat keharmonian yang tinggi kepada pelbagai kaum penduduk di Malaysia dalam erti kepelbagaian agama, budaya dan sosial serta memahami peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan negara.
KERAJAAN MALAYSIA
Dari titik keharmonian itu akan menjadi landasan yang diharapkan terhadap Kerajaan MALAYSIA dalam apa jua cadangan dan tuntutan yang diketengahkan untuk membantu dan memajukan setiap kaum selaras dengan peruntukan perlembagaan negara yang perlu dipatuhi dan dipertahakan selaras dengan wawasan Malaysia.
TUJUAN & MATLAMAT
Perkhidmatan
- Tujuan KKKM ini adalah untuk menyatukan semua kaum bermula dari umur 18 tahun ke atas.
- Memupuk nilai-nilai murni dikalangan ahli-ahli bagi melahirkan generasi berhemah tinggi.
- Untuk meningkatkan perhubungan dikalangan ahli-ahli dalam masyarakat serta pemimpin-pemimpin Negara.
- Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyumbangkan ke arah kemajuan Negara
- Menjalankan program dan aktiviti kesihatan dengan tujuan melahirkan masyarakat yang sihat.
- Menjalakan kerja-kerja amal untuk mencapai matlamat KKKM.
- Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan ahli dan masyarakat.
- Tempat ahli-ahli mengadu, memohon bantuan dan sokongan perkara-perkara berkaitan kepada Kerajaan Malaysia.
- Menegakkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi dan kedudukan Raja-raja Melayu, mempertahankan perlembagaan negara serta mengukuhkan perpaduan kaum.
PEMBAYARAN
PENDAFTARAN & SUMBANGAN | |
---|---|
Ahli Biasa Seumur Hidup | Pendaftaran & Sumbangan: RM 200 |
Ahli Kehormat VIP | Pendaftaran & Sumbangan: RM 3800 |
Ahli Kehormat VIP (Warganegara Asing) | Pendaftaran & Sumbangan: USD 1500 |
Pendaftaran Keahlian
PAUTAN AGENSI LAIN




